Tuesday, December 10, 2013

Rahsia Keberhasilan Yusop

Seorang tokoh Alkitab yang sangat berhasil ialah Yusop Bin Yakub. Tuhan telah memperlihatkan kepada Yusop rencananya untuk menempatkan Yusop pada satu kedudukan yang tinggi melalui mimpi.

Kitab Kejadian 39:7 "Nampaklah kita sedang di ladang mengikat berkas-berkas gandum, lalu bangkitlah berkasku tegak berdiri: kemudian datanglah berkas-berkas kamu sekalian mengelilingi dan sujud menyembah kepada berkasku itu"

Kejadan 39 :9 "Aku bermimpi pula ,nampak matahari,bulan dan sebelas bintang sujud menyembah kepada ku"

Kerana 2 mimpi tersebut Yusop dibenci oleh saudara-saudaranya sehingga mereka merancang untuk membunuhnya tapi dihalang oleh Yehuda dan mengusulkan agar Yusop djual kepada saudagar Midian

Kitab Kejadian 37: 1 Yusuf dibawa ke Mesir pada usia 17 tahun dan tinggal di rumah Potifar, tuannya, orang Mesir itu. Tertulis dalam  bahwa Kitab kejadian 37:21 "Yusuf disertai TUHAN dan TUHAN membuat berhasil segala sesuatu yang dikerjakannya",Kerana penyertaan Tuhan, Kejadian 39 : 4-5 maka Yusuf mendapat kasih tuannya, dan kepada Yusuf diberikan kuasa atas rumah Potifar dan segala miliknya. Sejak Potifar memberikan kuasa dalam rumahnya dan atas segala miliknya kepada Yusuf, TUHAN memberkati rumah orang Mesir itu karena Yusuf, sehingga berkat TUHAN ada atas segala miliknya, baik yang di rumah maupun yang di ladang."Segala miliknya (Potifar) diserahkannya pada kekuasaan Yusuf, dan dengan bantuan Yusuf ia tidak usah lagi mengatur apa-apapun selain dari makanannya sendiri."

Tetapi  kerana Yusop tidak menuruti kemahuan isteri Potifar untuk tidur dengannya, Yusop telah difitnah oleh isteri potifar sehingga terpaksa meringkuk dalam penjara. Didalam penjara pun Yusop sentiasa meraih berkat Tuhan sehingga dia diberi kepercayaan mengatur segala tahanan dalam penjara. Yusop juga diberi hikmat dan pengertian untuk menafsir mimpi. Kerana hikmat Tuhan yang ada pada Yusop dia telah diangkat menjadi Peguasa di Mesir oleh Firaun, kerana Yusop telah diberi Pengertian oleh Tuhan akan mimpi Firaun. Rencana Tuhan luar biasa, Mimpi Yusop digenapi bila terjadi kelaparan yang  teruk melanda seluruh dunia memaksa saudara-saudara Yusop pergi ke Mesir untuk mendapatkan gandum. agar keluarga Yakub di Kanaan tidak mati kelaparan.

Mari Kita renungkan apakah rahsia Yusop, dari seorang hamba kemudian dipenjarakan kemudian  diangkat Tuhan menjadi penguasa di Mesir?

1. Yusop seorang yang takut akan Tuhan dan menjauhi kejahatan.
2. Yusof  rajin melakukan segala yang ditugaskan kepadanya dengan sungguh-sungguh    sehingga  ia mendapat kasih dari majikannya.
3. Yusop seorang yang jujur dan amanah dia tidak pernah mengambil kesempatan dari kekuasaan yang Tuhan berikan kepadanya
4. Yusop seorang yang setia kepada Tuhan  dan tuannya
5  Melalui mimpinya Yusop ada visi yang  jelas akan rencana Tuhan dalam hidupnya.
6. Yusop seorang yang penuh kasih dan tidak menaruh dendam kepada saudara-saudaranya yang telah memperlakukan yang jahat terhadapnya.
7.Yusop tidak pernah mengeluh akan nasibnya kerana ia percaya Tuhan ada rencana yang besar dalam hidupnya
8. Yusof ada wawasan  dan perancangan  untuk meyelamatkan Mesir dari kebuluran sesuai peringatan melalui mimpi Firaun
.
Kesimpulan : Mimpi adalah salah satu cara Tuhan menyampaikan rencananya dalam hidup kita. Bagainapun kita harus menapis mimpi yang hanya mainan tidur dan mimpi yang datang dari Tuhan.
Bersambung

No comments:

Post a Comment